Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 11, 2015

TEMERLOH: GURU SK SANGGANG SEBERANG MASIH TRAUMA


Banjir: Guru SK Sanggang Seberang masih trauma


Dikatakan walaupun emosi para guru Sekolah Kebangsaan Sanggang Seberang di sini yang terganggu akibar banjir besar akhir tahun lalu sudah kembali stabil, nama ia belum pulih sepenuhnya.

Sehubungan itu Guru Besarnya, Mohd Nor Hussin mengharapkan agar pihak berkaitan sudi tampil memberi khidmat kaunseling bagi memulihkan kembali semangat mereka.

Beliau berkata, lebih separuh daripada guru 14 berkenaan hilang hampir keseluruhan harta benda sehingga menyebabkan terdapat dalam kalangan mereka yang trauma.

"Namun mereka tidak melupakan tugas mendidik anak bangsa. Kadangkala saya sendiri terpaksa menggantikan guru terlibat mengajar kerana mereka tidak dapat menumpukan kepada tugas mereka," katanya kepada Bernama.

Sekolah itu hari ini menerima bantuan daripada sebuah syarikat pengeluar produk penjagaan kulit Nivea.

Mohd Nor berkata sekolah berkenaan yang dikategori sebagai antara sekolah kurang murid di Temerloh kerana hanya mempunyai 104 murid, turut dijadikan pusat penempatan mangsa banjir.

"Sudahlah mereka kehilangan harta benda sendiri, namun apabila kembali ke sekolah untuk mengajar, para guru turut mendapati sekolah mengalami kerosakan pada bumbung, tandas dan pintu sehingga menambahkan lagi tekanan kepada mereka," katanya.

0 comments:

share2