Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 hari dan dikenakan denda sebanyak RM700 oleh Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, semalam, kerana disabitkan kesalahan memiliki senapang angin.
Tertuduh, Mohd Reduan Hamid, 36, dari Kampung Chendor Baharu didakwa memiliki satu laras senapang angin yang telah dileraikan di dalam kereta miliknya jenis Perodua Myvi warna hitam.
Mohd Reduan didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Driving Range (Golf), Kampung Chendor lebih kurang jam 9.30 pagi, 27 Februari lepas.
Dengan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-kesalahan kecil 1953, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, pengadu telah lihat sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan bengjkel dalam keadaan mencurigakan dan apabila didekati tertuduh bertindak melarikan diri ke arah kawasan hutan berdekatan.
Pihak berkuasa telah mengejarnya namun tidak berjaya dan mereka kembali ke ke bengkel semula untuk membuat pemeriksaan terhadap motokar yang ditinggalkan di hadapan bengkel.
Dengan itu, pengadu telah menemui selaras senjata angin buatan sendiri yang diletakkan di tempat letak kaki di bahagian belakang motokar tersebut yang mana bahagiannya telah dileraikan dan ianya telah dirampas.
Bertindak atas maklumat, pada 5 Mac lepas, kira-kira jam 12.05 tengah hari, tertuduh telah ditahan sepasukan polis yang memperkenalkannya di tepi jalan KM40 Jalan Kuantan Kemaman.
Hasil siasata mendapati tertuduh yang bekerja sebagai jurumudi kren gagal memberi keterangan mengenai senjata api yang dimiliki.
Terdahulu, tertuduh turut membuat rayuan agar hukuman yang dikenakan dikurangkan memandangkan dia mempunyai ibu dan ibu tiri yang perlu ditanggungnya.
Mahkamah Majistret, Noor Zaihan Mohamad Ali seterusnya menetapkan tertuduh dipenjara selama 12 hari bermula dari tarikh tangkap dan denda RM700 jika gagal membuat pembayaran.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah.
senapan angin seharusnya di gunakan secara bijak...karena bukan untuk mainan...