Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 9, 2015

JERANTUT : KG GINTONG PERINTIS PADI WANGI

Kampung Gintong perintis padi wangi


Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menyasarkan 250 hingga 300 hektar kawasan penanaman padi di luar negeri jelapang akan ditanam dengan padi wangi (MRQ76) dengan menyasarkan hasil sebanyak 750 hingga 900 metrik tan beras wangi di Kelantan dan Pahang menjelang hujung tahun ini.

Ketua Jabatan Transformasi Nafas, Dr Hamid Sulaiman berkata, Gual Ipoh Tanah Merah dan Machang menjadi perintis pertama di Kelantan yang ditanam padi wangi iaitu seluas 114 hektar dan diuruskan sepenuhnya Nafas dari aspek membekalkan biji benih sehingga ke pemasaran.

“Kampung Gintong akan dijadikan perintis pertama penanaman padi wangi di Pahang dengan 20 hektar akan ditanam awal Julai ini dan 20 hektar lagi ditanam awal 2016 serta akan diuruskan sepenuhnya Nafas.

“Selepas di Kampung Gintong, kawasan berpotensi lain di Pahang turut akan disarankan menanam padi wangi ini dan Nafas akan menguruskan kesemuanya bagi mengelak peserta menjual hasil mereka kepada orang tengah,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke sesi perbincangan penanaman padi wangi bersama 20 peserta tanaman padi kelompok Kampung Gintong di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Gintong.

Turut hadir, Ahli Parlimen, Ahmad Nazlan Idris.

Menurut Dr Hamid, padi wangi ini dipilih kerana ia mampu menyaingi beras wangi import dan harganya lebih murah dan mempunyai 80 peratus ciri sama dengan beras wangi import.

Katanya lagi, setiap hasil padi tersebut akan dibeli Nafas dengan harga RM1,500 per tan berbanding RM1,200 hingga RM1,300 yang dibeli orang tengah atau pengilang.

“Ini akan membantu peserta dan peladang menambah pendapatan mereka selain mengurangkan berurusan dengan orang tengah.

"Penghasilan beras wangi tempatan juga akan bertambah bagi mengurangkan import beras wangi dari luar”, katanya.



0 comments:

share2