Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 12, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : ANTARA ORANG MABUK DAN ORANG SALAH



1. Semalam ketika Tok Awang memandu tiba-tiba sorang lelaki India melintas jalan... terhuyung-hayang, nyaris Tok Awang terlanggar. Mujur lalu-lintas tak sibuk. Geram dengan India itu, Tok berhentikan kereta dan memarahinya. Mata India merah memandang Tok. Tok rasa cuak juga tapi cakapnya berbelit-belit dan bergulung-gulung.. baru Tok tau rupanya India itu sedang mambuk.

Tok kata; ' Mau mabuk, mabuklah... tapi jangan kasi lain orang susah, kalau saya terlanggar awak, saya pun susah...'

India itu berkali-kali menjawab: 'Saya mana ada mabuk..., saya sikittt saja ada minum...'

Bosan dengan pertengkaran yang tak akan habis-habis, Tok masuk kereta dan terus meninggalkannya. Dalam hati Tok berkata; 'Orang mabuk mana pernah kata dia mabuk..'.


2. Hari ini Tok terbaca surat khabar mengenai kes liwat Anwar Ibrahim. Tajuknya sangat menarik.: 'Saya tidak bersalah', penafian Anwar Ibrahim bahawa dia tidak meliwat dan kejadian liwat tidak pernah berlaku.

Malangnya perbicaraan kali ini bukan mengenai sama ada beliau bersalah atau tidak, tetapi hanya mengenai rayuannya bagi menolak keputusan bahawa beliau bersalah dan dihukum 5 tahun penjara.

Masih adakah orang yang boleh mempercayainya? Tok tak nak cakap banyak tetapi segalanya telah dibuktikan dan pembela Anwar juga sudah tidak mampu membuktikan beliau tidak bersalah. Hakikatnya Anwar memang bersalah meliwat Saiful. Jangan ada lagi sebarang pertikaian dan jangan terpengaruh dengan cubaan Anwar untuk mendapat simpati rakyat. 

Ini masalah Anwar dengan pembantunya Saiful, jangan rakyat hendak diheret sama. Kalau ada keadilan untuk Anwar, mana pula keadilan untuk  Saiful?


3. Tok cuba bandingkan antara lelaki India yang mabuk itu dengan Anwar Ibrahim... yang satu mabuk tetapi tetap tidak mengaku bahawa dia mabuk dan yang satu lagi sudah sah dan terbukti bersalah meliwat tetapi tetap tidak mengaku meliwat.

Saiful bersumpah dengan Al-Quraan bahawa dia diliwat oleh majukannya, kenapa Anwar enggan juga bersumpah bahawa dia tidak meliwat Saiful?


Tok Awang Selampit.



0 comments:

share2