Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 14, 2015

RAUB : AMARAN MENTERI BESAR MENGHENTIKAN OPERASI PERLOMBONGAN JIKA MASALAH PENCEMARAN MASIH BELUM SELESAI

Peta cadangan laluan lori membawa bijih besi dan boksait.


Rakaman video sidang akhbar MB Pahang berkenaan pencemaran bijih besi dan boksait 



Kerajaan Pahang buat kali keduanya memberi amaran dan menyatakan tidak akan teragak-agak untuk menghentikan sebarang aktiviti yang melibatkan perlombongan boksait dan bijih besi di negeri ini sekiranya masalah pencemaran di jalan ke Pelabuhan Kuantan dan di sekitar kawasan perindustrian Gebeng masih belum dapat di selesaikan.

Menteri Besar Pahang memaklumkan bahawa kerajaan negeri memandang serius masalah itu yang memberi kesan serius kepada penduduk sepanjang laluan berkenaan serta kepada industri pelancongan.  "Kita pandang berat hal ini, kalau masih tidak ada penyelesaian, kita akan hentikan," DSD Adnan Yaakob menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan suratan hak milik tanah dan ladang pertanian kepada 179 peneroka Felda Krau 1 di Dewan Orang Ramai Felda Krau pagi tadi.

Beliau memberi reaksi demikian mengulas rungutan pelancong dari China yang tiba dengan kapal kargo-penumpang Beibu Wan Zhi Xing di Pelabuhan Kuantan semalam yang tidak berpuas hati dengan keadaan sekitar pelabuhan itu yang kotor dan tercemar dengan debu boksait dan bijih besi.

Kerajaan sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan 106 pengusaha boksait dan bijih besi bagi mencari penyelesaian terhadap rungutan penduduk tentang pencemaran di Pelabuhan Kuantan dan perindustrian Gebeng.

Antara langkah yang diambil termasuk tidak membenarkan lori-lori yang mengangkut bahan berkenaan menggunakan jalan biasa kecuali Jalan Gebeng-Bypass untuk ke pelabuhan. Selain itu, kerajaan negeri turut memberikan tempoh selama dua bulan kepada pengusaha terbabit untuk memunggah dan mengosongkan tujuh tempat longgokan boksait berkenaan.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri menyediakan kawasan tempat simpanan baharu seluas 242 hektar di kawasan Gebeng. Pengusaha berkenaan dicadangkan supaya menggunakan lori khas mengangkut bahan berkenaan bagi mengelak ia mencemar kawasan yang dilalui.


0 comments:

share2