Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 17, 2015

KUANTAN: JPNP PELAWA IPT SERTAI PROGRAM HIJAUKAN BUMI


JPNP pelawa IPT sertai program hijaukan bumi


Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mempelawa pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini untuk tampil menyertai program menghijaukan bumi.

Pengarahnya Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata, kerjasama yang diberikan dapat melancarkan lagi usaha kerajaan untuk menambahkan jumlah pokok yang akan dapat menghijaukan kawasan lapang seterusnya mengurangkan kejadian hakisan. 

Menurutnya, kini terdapat beberapa pusat pengajian tinggi di negeri yang sentiasa terbabit dengan aktiviti menanam pokok.

“Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) antara pusat pengajian tinggi yang menunjukkan minat untuk menjayakan program menghijaukan bumi.

“Setiap tahun pelajar UMP menyertai aktiviti menanam pokok terutama membabitkan tanaman pokok ru dibeberapa kawasan pesisir pantai Kampung Sepat, di sini.

Mohd Paiz berkata, tahun lalu, lebih 1,000 pelajar UMP yang baru mendaftar menyertai program menanam pokok ru di pesisir pantai Kampung Sepat, mereka menjadikan beberapa kawasan di situ sebagai anak angkat.

Katanya, Bahagian Pem-bangunan Jabatan Perhutanan negeri bertanggungjawab menyediakan kawasan, anak pokok dan medium tanaman manakala pelajar hanya ditugaskan untuk menanam sahaja.

“Aktiviti menyulam bagi menggantikan pokok yang mati turut dilakukan pelajar, kakitangan jabatan bertanggungjawab memantau kawasan berkenaan bagi memastikan projek terbabit berjaya," katanya.

“Justeru, saya mempelawa mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat menganjurkan program menanam pokok boleh bekerjasama dengan jabatan perhutanan,” katanya.

0 comments:

share2