Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 10, 2015

KEPUTUSAN BIJAK PISAHKAN DUA PENTADBIRAN KUCHING


Adenan Satem


KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak telah membuat keputusan bijak apabila urusan pentadbiran bandaraya Kuching dipisahkan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Dewan Bandaraya Kuching Selatan (DBKS) pada 1988.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah berjaya menjadikan Kuching sebagai salah satu bandar raya yang paling indah, teratur dan bersih di negara ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelan tindakan tahunan, 'Agenda DBKU 2015' di pejabatnya di Bukit Siol, di sini semalam.

"Pengriktik telah mengecam keputusan memisahkan PBT pada ketika itu dengan menyatakan tindakan itu akan membawa kepada lebih banyak bebanan kerja. Mereka berkata Kuching bukan satu tempat yang besar untuk mewajarkan kewujudan dua PBT," katanya.

Sekarang, Adenan berkata, kritikan tersebut telah terbukti salah kerana saingan mesra antara dua PBT untuk mengatasi satu sama lain telah menyebabkan bandaraya Kuching telah mendapat manfaat daripada ini.

"Ramai mengagumi Kuching khususnya pelawat luar atas keindahan, kebersihanan dan banyak bentuk landskap yang cantik.

"Ini adalah kebanggaan yang besar untuk kami," katanya.

Mengenai Agenda DBKU 2015, Adenan berkata PBT itu telah mengambil tanggungjawab tambahan dalam usaha mengatasi masalah sosial di bandar raya ini.

Walaupun, bukan dalam skop perlembagaan PBT, tetapi ini merupakan langkah terpuji dalam menyumbang kepada keselamatan sosial untuk rakyat di bandar raya ini, katanya.

0 comments:

share2