Dilaman-laman media sosial, banyak pihak yang menyatakan kekesalan kepada pihak berkuasa kerana ketibaan Anwar Ibrahim di Mahkamah untuk disoal-siasat dalam satu kes tidak mengambarkan bahawa beliau adalah seorang banduan.
Banyak yang kesal kenapa ini terjadi? Kenapa ada double standard dalam menjalani hukuman di penjara kita? Siapa menteri yang bertanggungjawab? Mungkin ini harus disiasat dengen terperinci. Mungkin juga satu suruhanjaya khas perlu dibentuk untuk menjelaskan kepada rakyat. Kerajaan perlu bersikap adil dan saksama.
Baca artikel yang saya maksudkan dibawah ini:
Anwar Tidak Dilayan Seperti Banduan Di Mahkamah

By editor-2 February 17, 2015 : 1:46 pm
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Kemunculan Anwar Ibrahim yang tidak mengambarkan keadaan beliau seperti seorang banduan yang sedang menjalani hukuman di Mahkamah pagi tadi amat mengejutkan rakyat. Beliau hadir untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak penjara perlu berlaku adil terhadap semua banduan. Sebarang “double standard” yang berlaku amat dikesali memandangkan Anwar telah dijatuhkan hukuman meliwat Saiful Bukhari.
Ini bermakna Anwar merupakan seorang penjenayah. Beliau tidak sepatutnya dilayan “ala VIP” penjara pula. Adakah berlaku sebarang “rasuah” dikalangan pegawai penjara? Pihak SPRM diminta segera menjalankan siasatan.
Sebelum ini pihak Jabatan Penjara menjelaskan kononnya tiada keistimewaan diberikan kepada Anwar Ibrahim dan beliau menerima layanan sama seperti banduan lain di Penjara Sungai Buloh. Jabatan itu memuat naik semula laporan berhubung perkara itu di facebook rasmi mereka.
Namun begitu, kita dikejutkan dengan penampilan yang jauh berbeza Anwar Ibrahim di mahkamah daripada dakwaan pihak Jabatan Penjara. Malahan kita dapat meihat Anwar menggenggam Telefon bimbit selain daripada mengenakan baju dengan cukup bergaya. Sepatutnya beliau memakai baju banduan sepertimana banduan yang lain.
Sebarang salahlaku pihak Jabatan Penjara dalam menangani kes Anwar akan menjadi perhatian semua pihak. Oleh itu kami berharap semua pihak yang terlibat akan menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan. Berita selanjutnya menyusul kemudian.
0 comments:
Post a Comment