Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 13, 2015

TIGA PENGARANG HARAKAH BAKAL MASUK UTUSAN?




Menurut sumber sumber yang rapat dengan ketiga tiga pengarang Harakah yang dipecat itu, sudah ada tawaran dari dikemukakan daripada wakil Utusan untuk mereka. Mereka bertiga khabarnya sudah ditawarkan kedudukan yang sesuai di akhbar pro UMNO tersebut.

Pengarang Harakah, Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana, Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Ahmad dikatakan telah dipecat oleh Musthapa Ali (Setiausaha Agung PAS) yang kini menerajui Harakah.

Pemecatan itu berlaku kerana dikatakan pihak ulama tidak bersetuju dengan ketiga tiga pengarang tersebut yang didakwa pro Anwarinas. Mereka juga dipecat kerana menyiarkan artikel yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Selain daripada itu, prestasi Harakah yang merudum teruk dikatakan turut menjadi punca pemecatan itu berlaku.

Penjualan Harakah pernah mencacat jumlah 380,000 satu keluaran di era reformasi (1998-99). Namun kini, jualan Harakah hanya teredar di bawah 50,000 naskhah setiap keluaran. Prestasi yang cukup merudum seumpama Harakah baru saja diterbitkan semula.

Portal Harakahdaily pula yang pernah berada dalam lima media atas talian paling dilawati ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Namun kini jatuh merudum dan hampir semua media atas talian di Malaysia sudah berada di atas portal rasmi PAS itu. Ini dikatakan antara punca mengapa ketiga tiga pengarang Harakah itu dipecat.

Menurut sumber itu lagi, ketiga tiga pengarang yang dipecat itu sudah berjumpa dengan wakil Utusan dan bersedia untuk menerima tawaran yang dikemukakan dengan beberapa syarat tertentu. Sejauh mana kebenaran berita ini belum dapat dipastikan secara rasmi lagi. Kita bersama sama tunggu respon rasmi daripada pihak Utusan tentang perkhabaran ini.

Jika benar ketiga tiga pengarang itu masuk Utusan, sudah pasti berita itu akan merimaskan lagi PAS dan pakatan pembangkang. Sudah tentu banyak strategi dan gerakan media pembangkang akan berada dalam genggaman akhbar Utusan.

Dalam dunia sekarang apa sahaja boleh berlaku. Manusia boleh berubah kerana perjuangan dan juga boleh menjadi lebih kuat bila diri mereka dianiaya seperti tiga orang pengarang Harakah yang dipecat ini.

0 comments:

share2