Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 11, 2015

SIAPA KATA PAKATAN TAK AMAL KRONISM ?


balakbawakbala
Kesan banjir di Kelantan angkara pembalakan diluar kawalan?


APAKAH tidak tertanya-tanya di hati macai pembangkang kenapa bila banjir besar berlaku di Kelantan, diikuti dengan deretan kayu balak menghentam rumah penduduk, orang macam Nga Kor Ming dan Husam Musa antara yang paling kelam kabut?

Bukan rahsia bahawa kedua mereka dikaitkan dengan konsesi balak di Kelantan walaupun Pakatan mendakwa pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui mereka tidak mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam urusan kerajaan dan pemberian tender mahupun konsesi.

Siapa yang bendul dan hidup dalam penafian sahaja percaya syarikat ada hubung kait dengan pemimpin DAP dapat konsesi balak di Kelantan atas sebab merit, bukan hubung kait politik (kronisme le tu).


Gambar Hiasan


Orang Kelantan pun ramai tak ada tanah, apatah lagi konsesi balak, tapi orang DAP dari negeri lain ada hak pembalakan ke atas beribu hektar kawasan balak di negeri itu – walaupun syarikat yang dapat konsesi berkenaan bukan milik dia seorang.

Tak kisahlah tu.

Kalau syarikat, projek, pinjaman milik suami pemimpin UMNO pun boleh dikaitkan dengan UMNO, kenapa syarikat balak ada kaitan dengan pemimpin DAP dan dapat konsesi di Kelantan (diperintah PAS) tak boleh dikaitkan dengan kronisme politik?

Termasuk kaitannya dengan banjir buruk yang berlaku baru-baru ini?

Cakap pasal banjir buruk di Kelantan, hujan memang punca air naik tapi selut tebal sehingga 3 kaki yang boleh dilihat selepas banjir surut di negeri itu membuktikan bahawa banjir menjadi bencana di Kelantan tahun ini kerana kerakusan dari aktiviti pembalakan.

Pakar perhutanan pun dah sahkan selut tebal yang kelihatan selepas banjir surut di Kelantan, berpunca dari kawasan tanah tinggi yang menjadi lokasi biasa menebang balak.






0 comments:

share2