Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 13, 2015

RUMAH SEGERA UNTUK MANGSA BANJIR ?




Walauapa alasan sekalipun, banjir kali ini adalah bencana yang sangat dahsyat dan tidak diduga sama sekali. Punca utamanya adalah hujan berlebihan akibat perubahan cuaca dunia. Kerana itu sebelum ini kita mendengar dan menonton di tv beberapa buah negara yang tidak pernah dilanda banjir turut terkesan oleh bencana berkenaan.

Ramai kalangan rakyat kehilangan hartabenda bahkan lebih menyayat hati adalah kehilangan rumah tempat berlindung.

Kerajaan pusat yang bersimpati dan sangat prihatin terhadap kesusahan yang ditanggung rakyat berjanji akan membantu membina semula rumah-rumah untuk kediaman mereka atas dasar tanggungjawab. 

Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh bermacam-macam oleh sebahagian kecil rakyat tetap menjalankan tanggungjawab dengan berkesan tanpa mengira ideologi politik.

Bagaimanapun kita tidak pasti bagaimanakah bentuk serta kos rumah yang akan dibina itu nanti, namun yang lebih utama berapa lamakah masa akan diambil untuk rumah berkenaan. Memandangkan ini isu yang mendesak, ianya perlulah dibina dalam masa yang sehabis singkat agar dapat menyelesaikan masalah keluarga berkenaan.

Di Malaysia terdapat sebuah (mungkin lebih) syarikat yang menyediakan peralatan untuk rumah pasang siap yang kononnya dapat disiapkan dalam masa antara 7 hingga 14 hari. Mungkin kerajaan perlu melihat dan mengkaji apakah ini jawapan dan penyelesaian yang terbaik bagi membina rumah segera kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

Lihat video klip dibawah ini:







0 comments:

share2