Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 6, 2014

(Sambungan 2) JERANTUT : TERNAKAN IKAN STURGEON DI KUALA TAHAN



8. Selain menghasilkan Kaviar, apakah hasil lain dari Ikan Sturgeon? Selain telur, daging ikan Sturgeon turut dijadikan sebagai makanan istimewa dan eksotik yang mahal. Ianya boleh dimasak dengan pelbagai cara samaada digoreng, panggang dan salai atau dibuat kebab. Dagingnya mengandungi khasiat yang tinggi terutama protein, lemak ikan, asid amino, asid lemak tak tepu serta 12 vitamin lain.




9. Kenapa ikan Sturgeon diberi nama gelaran ikan ajaib?. Setiap organnya mempunyai keberkesanannya dari segi kesihatan. Menurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Kanada menunjukkan bahawa rawan sturgeon mengandungi anti kanser iaitu sejenis sebatian bio-aktif yang melebihi 15 hingga 20 daripada rawan ikan Yu. Pengambilan daging Sturgeon secara berterusan dalam jangka panjang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti masalah sakit tulang belakang dan masalah keguguran rambut. Insangnya pula boleh membantu menangani masalah mendetoksifikasi, dan merawat luka akibat kelecuran kesan bakar. Kajian Institusi Oceanology pula mengesan otot Sturgeon mengandungi lebih daripada 10 asid amino, lemak mengandungi DHA dan EPA yang boleh membantu menggalakkan perkembangan otak serta mencegah penyakit Alzheimer – (Bernama). 

10. Apakah nama projek penternakan ikan Sturgeon ini? Projek penternakan ikan Sturgeon ini dinamakan Felda Caviartive Blue Dream Park di Kuala Tahan, Pahang milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). 

11. Apakah pembangunan yang bakal dimajukan bagi pembinaan Felda Caviartive Blue Dream Park? Pembinaannya berkonsepkan Taman Kaviar mempunyai fasiliti seperti berikut : i. Sebuah kolam penternakan pusat dan beberapa kolam pembiakan satelit kapasiti pengeluaran 30MT Kaviar. ii. Sebuah Bangunan Pejabat Pentadbiran, Pemasaran, Kajian dan Pembangunan (R & D). iii. Sebuah bangunan yang dilengkapi kemudahan seminar & pengajaran, show room, mini akuarium dan kemudahan tempat tinggal.

12. Bilakah pembangunan Taman Kaviar ini akan dimulakan dan bilakah dijangka akan siap? Projek pembangunan ini bermula pada tahun 2014 dan dijangka akan siap dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. 

13. Berapakah kos bagi membangunkan projek penternakan ikan Sturgeon dan melibatkan berapa luas kawasan? Felda memperuntukkan sebanyak RM135 juta bagi membangunkan Projek Penternakan Ikan Sturgeon melibatkan keluasan tanah 50 ekar. 

14. Bilakah projek ini akan memperolehi hasil yang pertama? Projek penternakan ikan Sturgeon ini akan bermula pada tahun 2015 dan dijangka berupaya menghasilkan kaviar pada tahun 2016. 


......Bersambung..

0 comments:

share2