Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 26, 2014

JERANTUT : SELURUH KAWASAN TERPUTUS HUBUNGAN

Jambatan Jerantut Feri 23 jam lalu


 Jalan Kuala Krau-Jerantut 14 Jam lalu


Taman Ria Jerantut 48 Minit lalu


Banjir kali ini memang luar biasa! Terkini saya diberi tahu oleh seorang saudara bahawa kawasan perumahannya di bandar Jerantut berhampiran masjid Baharu juga hampir ditenggelami air dan dia sedang perkemaskan barang-barang dan berpindah. Jerantut 'totally' terputus hubungan dengan mana-mana daerah lain.

Saya menghubungi dan dihubungi oleh saudara-saudara jauh dan dekat, bertanyakan khabar Kuala Tahan serta kampung-kampung berhampiran. Segalanya telah terputus hubungan. Kuala Tahan di Taman Negara, yang saban tahun menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara seramai sekitar 84 ribu orang setahun kini bagai tidak ujud sama sekali dalam ingatan atau bagai berada jauh di satu penjuru dunia yang menempatkan masyarakat kuno.

Bencana banjir besar kali ini telah membuatkan hubungan diantara kampung-kampung di Ulu Tembeling serta Tembeling tengah terputus sama sekali. Jalan raya yang ada tidak dapat lagi menghubungkan akibat ditenggelamkan air dan dalam banyak keadaan bot juga tidak dapat digunakan kerana arus air yang deras serta bergelombang yang merbahayakan.

Dalam dunia moden kita bnanyak bergantung kepada sistem komunikasi. Jika selama ini khabar mengenai KualaTahan banyak boleh dikutif dalam laman facebook namun kini semuanya sunyi sepi akibat terputusnya talian komunkasi disana. 

Hubungan telefon di Kuala Tahan dihidupkan oleh tenaga letrik yang dibekalkan dari Jerantut, namun apabila talian letrik berkenaan ditenggelami air, ianya wajar di'potong' atas alasan keselamatan. Lalu dalam masa sama terputuslah bekaan letrik untuk menghidupkan sistem telekomunikasi yang menghubungkan kawasan pelancongan Taman Negara serta kampung-kampung sekitar Kuala Tahan.

Kuala Tahan yang selama ini dikunjungi dan dikenali oleh pelancong luar negara juga tiba-tiba dilupakan. Jadilah Kuala Tahan dan kampung sekitarnya kembali semula kepada keadaan asal, 130 juta tahu lalu... primitif... kuno... dan terasing dari dunia.

Selepas ini, Menteri Komunikasi perlu datang sendiri, melihat dan memikirkan dengan serius supaya satu kaedah alternatif agar perhubungan di Taman Negara Kuala Tahan serta kampung-kampung di Ulu Tembeling tidak lagi akan terputus dalam apa keadaan sekalipun.

Supaya didalam abad ini, tiada lagi mana-mana kawasan yang terpisah dari perhubungan telekomunikasi dan tiada lagi yang mana-mana kawasan yang tinggal primitif sebagaimana manusia di zaman kuno.

Foto-foto diambil dari pelbagai laman facebook. Kreadit diberikan kepada mereka dan terima kasih kepada mereka yang berkenaan.


~ Editor

0 comments:

share2