Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 6, 2014

TEMERLOH : JAMBATAN GANTUNG MAKIN USANG

Gelegar besi dan kayu jambatan berusia lebih 30 tahun ini sudah reput dan ada yang tercabut.


Seorang penduduk Kampung Sungai Dingin, dekat sini merayu kerajaan segera menggantikan jambatan gantung menyeberangi Sungai Semantan berusia lebih 30 tahun kerana bimbang keselamatan penduduk kampung yang menggunakannya.

Seorang penduduk, Zawiyah Abdul Rahman 44, yang baharu sebulan mengalami kemalangan ketika melintasi jambatan gantung usang itu tidak mahu kejadian yang sama berulang kepada penduduk lain.

Menurutnya, keadaan jambatan terlalu usang sedangkan ia masih digunakan penduduk kampung untuk ke bandar Mentakab kira-kira dua kilometer dari kampung itu.

“Saya cedera di kaki dan betis kanan apabila motosikal ditunggang terbabas kerana permukaan lantai jambatan yang sangat licin.

“Anak saya yang membonceng berumur 16 tahun juga cedera di kaki akibat terjatuh motosikal ketika melalui jambatan ini, mujur kami tidak terhantuk pada besi-besi pengikat kabel jambatan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zawiyah berkata, jambatan gantung itu sangat usang apabila terdapat beberapa gelegar besi dan kayu di tengah dan pangkal jambatan sudah tiada akibat reput.

Menurutnya, keadaan itu sangat berbahaya apabila dilalui penduduk kampung yang menunggang motosikal melaluinya.

“Saya rasa keadaan ini tidak akan bertahan lama, jambatan semakin usang dan penduduk masih menggunakannya.

“Memang ada papan tanda amaran jangan menggunakan jambatan ini tetapi apa gunanya papan tanda kerana penduduk tetap mahu menggunakan jambatan yang sama untuk urusan harian mereka,” katanya.





0 comments:

share2