Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 26, 2014

MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK


Mayat mangsa dihantar ke HTJS untuk tindakan lanjut.


Nilai – Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengalihkan wayar elektrik kendur di ladang kelapa sawit di Kampung Jijan Tengah di sini, semalam.

Ketika kejadian mangsa, Ngatimin, 40, sedang bekerja mengait buah kepala sawit di ladang berkenaan sebelum dia ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dengan mulutnya berbuih oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Sharim Simin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan jam 11.48 pagi.

“Sebaik sahaja sampai, kami menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri berhampiran sebuah rumah, dipercayai rumah pekerja ladang terbabit.

“Mulut mangsa juga didapati berbuih selain jari tangan kanannya terdapat kesan terbakar,” katanya.

Sharim berkata, bomba cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa, namun tiada sebarang pergerakan ditunjukkan.

“Unit perubatan dari Klinik Kesihatan Sendayan membuat pemeriksaan terhadap mangsa mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

0 comments:

share2