Port Dickson - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hilang ketika bercuti bersama keluarganya di Port Dickson ditemui mati di pantai Bagan Pinang jam 10.30 malam tadi.
Sinar Harian difahamkan, kanak-kanak itu, G Shasikumar hilang sekitar jam 5 petang tadi selepas dia makan bersama keluarganya di pantai Bagan Pinang. Terdahulu kanak-kanak itu mandi bersama keluarganya di pantai itu.
Mereka datang dari Cheras Selangor dan tiba di Port Dickson sekitar jam 3 petang.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mustafa Ahmad berkata, mayat ditemui di persisiran pantai oleh anggotanya yang membuat rondaan.
"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat," katanya.
0 comments:
Post a Comment