London: Harapan Manchester City untuk meneruskan tekanan terhadap pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea berkecai selepas berdepan kekalahan mengejut 2-1 ke atas West Ham United, malam tadi.
Ia menjadi kekalahan pertama skuad bimbingan Manuel Pellegrini itu di tempat lawan dengan Chelsea bakal berdepan Manchester United, hari ini.
Kemenangan menyaksikan West Ham meneruskan rentetan tiga kemenangan daripada empat perlawanan malah pernah menundukkan Liverpool pada September lalu.
Morgan Amalfitano membuka tirai jaringan Hammers pada minit ke-21 sebelum Diafra Sakho meledak gol kedua pada minit ke-75.
Dan sekalipun perancang Sepanyol, David Silva berjaya merapatkan kedudukan buat penyandang juara itu menerusi jaringan dua minit selepas itu, ketumpulan jentera serangan City menyaksikan tiada gol dapat ditambah.
0 comments:
Post a Comment