Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 7, 2014

TEMERLOH : ANAK MUDA DIALU-ALUKAN SERTAI UMNO





Temerloh - UMNO menggalakkan remaja berumur 18 - 21 tahun mendaftar sebagai ahli baru UMNO tanpa sebarang syarat. Bagaimanapun bagi mereka yang berumur 21 tahun keatas haruslah mendaftar sebagai pegundi terlebih dahulu. Demikian dinyatakan dalam sidang akhbar oleh Dato Seri Hj Shafie Apdal sejurus selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh.

Meletakkan syarat  sebagai pengundi terlebih dahulu bukanlah bertujun menghalang mana-mana individu menyertai parti tetapi itu dilakukan bertujuan bagi memperkasakan parti.

Menurut beliau, seramai lebih 400 ribu ahli UMNO tidak berdaftar sebagai pengundi dalam daftar pemilih yang jelas merugikan parti. Justeru UMNO sedang dalam proses pemutihan bagi menjejak dan mengenalpasti ahli-ahlinya supaya dapat didaftarkan sebagai pengundi.

Adalah satu kerugian kepada parti apabila ahli parti tidak dapat mengundi dan membantu kemenangan parti didalam palihanraya bahkan taat setia kepada parti mestilah diterjemahkan dengan mengundi dan memenangkan parti didalam pilihanraya.

"Mereka mesti serius menjadi ahli UMNO dan berikan sokongan kepada UMNO dan cintakann cntakan kepada parti.. harus meletakkan parti berkuasa dengan mengundi parti" - demikian dinyatakan oleh Dato Seri Shafie Apdal dalam sidang akhbar berkenaan semalam (6hb September 2014). di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khee Chee, Temerloh.


















0 comments:

share2