Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 6, 2014

KE MANA PAS MAHU DIBAWA?


Berikut kenyataan penuh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali seperti ditulis dalam blognya, Rabu lalu:

Isu dua Adun Pas yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli Pas yang prihatin dengan adab-adab berjemaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 6 Ogos 2014 yang ambil ketetapan untuk kekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua Adun tersebut.

Kesan secara teknikalnya, Abdul Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti Adun tidak lagi memihak kepada beliau.

PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya Abdul Khalid hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 Adun Pas dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Abdul Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan Abdul Khalid.

Lebih menjengkelkan apabila beberapa pimpinan kanan jawatankuasa kerja Pas Pusat membuat kenyataan terbuka sokong tindakan mereka berdua.

Lebih jauh lagi, ada di kalangan pimpinan Pas Pusat yang andaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai “hero” atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya selamatkan PR. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan bertindak dengan cara yang sama.

0 comments:

share2