BELO HORIZONTE: Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meminta maaf kepada seluruh rakyat negaranya selepas pasukan tuan rumah itu dimalukan oleh Jerman.
"Kami minta maaf," kata Scolari yang tergamam selepas Brazil dibelasah 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 awal pagi tadi.
"Kepada rakyat, maafkan kami kerana kesilapan ini."
Scolari yang membimbing skuad Brazil menang Piala Dunia 2002 mengambil tanggungjawab penuh di atas persembahan buruk pasukannya itu.
AFP PHOTO/Miguel SCHINCARIOL
"Saya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh pasukan saya di padang – dan saya yang harus dipersalahkan atas keputusan ini," katanya.
"Saya minta maaf kerana cita-cita kita tidak tercapai. Peminat terus menyokong kami walaupun ketinggalan lima, enam atau tujuh gol kepada Jerman.
"Adalah luar biasa untuk bolos empat gol dalam masa enam minit tetapi itu boleh berlaku.
"Jerman pun tak percaya apa yang terjadi." -- AFP
AFP PHOTO/Miguel SCHINCARIOL
0 comments:
Post a Comment