Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 6, 2014

IMPAK EL NINO DIJANGKA KURANGKAN BANH=JIR MUSIM TENGKUJUH


Kuala Lumpur: Impak fenomena cuaca El Nino yang boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering, yang dijangka melanda negara pertengahan tahun ini, dijangka memberi kesan dalam mengurangkan taburan hujan di negara ini ketika musim tengkujuh, dan mengelakkan banjir yang ekstrem. 

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata: "Jika fenomena ini melanda negara, dianggarkan jangka hayat musim tengkujuh akan lebih panjang sehingga ke 190 hari. 

"Ini akan dapat membantu mengurangkan taburan hujan dan mengelak banjir yang ekstrem melanda ketika musim tengkujuh," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini baru-baru ini. 

Beliau berkata keadaan ini akan memberi kesan kepada musim banjir yang sering melanda negara ini, terutamanya di kawasan Pantai Timur bermula November hingga Januari setiap tahun. 

Beliau berkata, tempoh normal jangka hayat musim tengkujuh adalah 130 hari, di mana hujan lebat akan menyebabkan kejadian banjir besar terjadi setiap tahun. 

Sementara itu, mengulas fenomena El Nino, Che Gayah berkata, cuaca panas dan kering itu boleh melanda sehingga 18 bulan lamanya dan bagi mengenal pasti kejadiannya, Jabatan Meteorologi memerlukan tempoh lima bulan untuk menganalisis peningkatan suhu di Lautan Pasifik tengah dan timur. 

"El Nino akan dikenal pasti melanda jika suhu di lautan itu melebihi 37.5 darjah Celsius selama lima bulan berturut-turut, dengan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah Celsius setiap bulan. 
"Jika negara kita dilanda El nino, kemungkinan intensitinya lemah namun 60 peratus jangkaan negara ini bakal dilanda cuaca panas dan kering itu," katanya. 

Beliau berkata, fenomena yang bakal melanda itu banyak mendatangkan kesan yang buruk terhadap pertumbuhan pelbagai sektor, namun ia juga mendatangkan kesan yang baik terhadap musim tengkujuh.

0 comments:

share2