Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 2, 2014

BEKALAN AYAM DI PAHANG MENCUKUPI



Raub – Bekalan ayam untuk sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di negeri ini dijamin mencukupi dengan harganya masih lagi pada paras RM8.50 sekilogram ke bawah.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepengunaan Negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, sebanyak 90,000 kilogram hingga 120,000 kilogram ayam diperlukan di negeri ini setiap hari dan keperluan itu meningkat sekali ganda apabila menjelang bulan Ramadan dan hari raya.

“Kerajaan telah membuat persediaan awal untuk keperluan bulan puasa dan hari raya, sehubungan itu pengguna tidak perlu bimbang tentang soal bekalan daging ayam sepanjang tempoh tersebut,” katanya di sini semalam.

Shahiruddin berkata terdapat 384 buah ladang ternakan ayam berdaftar di negeri ini dengan 25 pemborong membekal lebih 90,000 kilogram ayam setiap hari ke seluruh negeri.

Dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga barangan keperluan sesuka hati kerana mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.

0 comments:

share2