Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 8, 2014

3 BERADIK TERIMA BANTUAN TCCC

Fariz (kiri) bersama rombongan TCCC menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada Maziah dan cucu-cucunya di rumahnya dekat Kampung Padang Tenggala.


SEBERANG TEMERLOH - Tiga beradik yang kematian ibu akibat kemalangan jalan raya melanggar longgokan batu membuat jalan dibuang pihak tidak bertanggungjawab diberikan bantuan barangan dapur setiap bulan.

Bantuan tersebut disampaikan Kelab Komuniti Penyayang Temerloh (TCCC) diketuai Fariz Hamzah yang memilih keluarga itu antara 10 keluarga yang akan menerima bantuan bulanan berbentuk barangan makanan.

Bantuan disampaikan Fariz bersama rombongan TCCC di sini, pagi semalam kepada nenek kepada tiga beradik yatim tersebut Maziah Omar, 68, di rumahnya dekat Kampung Padang Tenggala, di sini.

Maziah berkata, bantuan itu diharap dapat meringankan bebannya yang bekerja sebagai tukang sapu dan terpaksa menyara empat cucu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada TCCC dan Sinar Harian yang banyak membantu keluarga ini,” katanya.

Sementara itu, Nurul Nabila Hazranizam 14, kakak sulung dari tiga beradik itu berharap bantuan tersebut dapat menggembirakan hati dia dan dua adiknya, Nurul Elya Syafina 12 dan Syabil Nazrin 5, yang baru kematian ibu, Rosmawati Mohd Mahidin kira-kira tiga minggu lalu.

“Kami harap bantuan ini dapat meringankan beban nenek yang terpaksa menanggung kami tiga beradik dan masih bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Fariz Hamzah berkata, bantuan barangan makanan itu akan diberikan kepada keluarga itu setiap bulan seperti yang disalurkan kepada sembilan keluarga lain dalam daerah Temerloh.



0 comments:

share2