Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 19, 2014

PIALA DUNIA: BELANDA MARA KE PUSINGAN KEDUA



Belanda layak ke pusingan kedua Piala Dunia selepas bangkit menewaskan Australia 3-2 dalam saingan Kumpulan B di Stadium Beira-Rio, di sini, awal pagi tadi.

Barisan didik Louis van Gaal muncul pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati selepas Sepanyol tewas kepada Chile dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama. 

Gol Belanda dijaringkan oleh Arjen Robben pada minit ke-20, Robin van Persie (m58) dan Memphis Depay (m-68) manakala gol Australia disumbang oleh Tim Cahill (m-21) dan Mile Jedinak menerusi sepakan penalti pada minit ke-54.

Turut sama layak ke pusingan kedua ialah pasukan Chile selepas mengejutkan Sepanyol 2-0 dalam perlawan yang berlangsung pagi tadi. 

0 comments:

share2