Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 19, 2014

PERTANDINGAN ' BUKIT FRASER INTERNATIONAL BIRD RACE 2014'



Kuantan - Pelancongan Pahang (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser) akan menganjurkan acara tahunan 'Fraser Hill Intenational Bird Race 2014' bermula 20hb Jun hingga 22hb Jun di Bukit Fraser.

Acara memerhati dan mendokumentasikan spiceis burung ini sudah bermula sejak lama dahulu dan dijadikan acara tahunan. Ini adalah acara sedemikian yang terawal diadakan di Malaysia.

Pada kali ini, selain dari acara 'BirdRace', diadakan juga beberapa  pengisian pembelajaran kepada pengunjung  Antaranya adalah Program Pendidikan Biodiversiti, Pameran Fotografi dan Sejarah 'Birdrace', treet Arties, beberapa siri Jungle Trekking, Bengkel 'Bird Watcher For Beginners', 'Bird Talk/ Wild Life Talk', Pertanding Lukisan, Pertandingan Mewarna dan lain-lain lagi.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan dijangka sekitar jam 3.00 petang.

YB Dato' Sharkar Shamsudin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang ketika ditemui menyatakan bahawa acara 'Birdrace' ini menjadi semakin meriah dari setahun kesetahun. Penyertaan antara bangsa semakin meningkat demikian juga penyertaan peserta tempatan.



0 comments:

share2