Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 28, 2014

KUANTAN HENTI NIAGA 20 MINIT KETIKA MAGHRIB



KUANTAN – Bermula 1 Ogos ini, semua peniaga pasar malam yang beragama Islam disaran berhenti berniaga dalam tempoh 20 minit untuk menunaikan solat Maghrib.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob berkata, kebayakan tapak pasar malam di daerah ini beroperasi berhampiran kawasan masjid.

Menurutnya, tiada masalah untuk golongan peniaga ini berhenti berniaga seketika bagi menghormati azan Maghrib seterusnya menunaikan solat di surau atau masjid yang terdekat.

“MPK akan mengedarkan surat arahan kepada semua peniaga pasar malam bukan untuk dipatuhi arahan semata-mata, malah secara tidak langsung, mendidik orang Islam lebih sensitif mengenai bab solat sebelum fokus pada perniagaan masing-masing.

“Tidak mengambil masa yang lama untuk solat, kira-kira 20 minit selepas azan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan peniaga di bazar Ramadan turut mematuhi peraturan ini walaupun belum dikuatkuasakan lagi.


0 comments:

share2