Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 22, 2014

AMARAN ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA



Jabatan Meteorologi Malaysia


Kuala Lumpur - Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kudat serta Pantai Barat di Sabah diramalkan berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, keadaan cuaca yang sama juga dijangka melanda perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Condore, Reef North, Layang-layang dan Pahlawan dijangka berterusan sehingga esok.

Angin dijangka bertiup kencang antara 40 hingga 50 kmsj serta ombak setinggi 3.5 meter dan berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri di kawasan-kawasan terlibat.

Sementara itu, ribut petir turut diramalkan di kawasan perairan Samui, Condore, Reef North, Palawan dan Sulu sehingga awal pagi ini.

0 comments:

share2