Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 19, 2014

EL NINO: HARGA MINYAK SAWIT DIJANGKA NAIK




Kuala Lumpur - Fenomena El Nino pada Jun atau Julai dijangka mendorong kenaikan harga minyak sawit antara 10 dan 15 peratus di Malaysia dan Indonesia.

Pakar Produk Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata, El Nino akan memberi kesan kepada pengeluar minyak sawit berikutan fenomena itu akan mengurangkan pengeluaran, seterusnya bekalan secara drastik.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut, dijangka menyaksikan hujan lebat di sesetengah kawasan di dunia manakala kawasan lain mengalami kemarau berpanjangan.

Beliau berkata, jika fenomena itu berlarutan sehingga suku pertama tahun depan, harga minyak sawit mentah (MSM) dunia dijangka meningkat antara 10 dan 15 peratus dan berlegar antara RM2,800-RM3,000 setan.

"Dari segi pengeluaran di Malaysia, kita akan menghadapi kesukaran, kerana saya berpendapat pengeluaran akan menurun antara 10 dan 20 peratus jika El Nino melanda dengan cuaca kering yang melampau.

"Bagaimanapun, akhirnya harga minyak sawit dunia akan meningkat disebabkan bekalan rendah," katanya kepada Bernama.

Tahun lepas, eksport produk minyak sawit meningkat 4.5 peratus kepada 25.70 juta tan berbanding 24.59 juta tan dicatatkan pada 2012.

Ng berkata, walaupun harga minyak sawit mentah meningkat merupakan berita baik bagi peserta industri, kebimbangan terhadap harga yang terlalu tinggi boleh mendorong pembeli untuk beralih kepada produk lain yang lebih murah seperti minyak soya atau minyak bunga matahari.

"Walaupun minyak sawit merupakan minyak boleh dimakan paling murah di pasaran, permintaan dijangka terjejas berikutan harga yang semakin meningkat boleh menempatkannya daripada jangkauan pasaran, dan melembapkan permintaan," katanya.

0 comments:

share2