Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 22, 2014

DYANA DIHALAU KETIKA BERKEMPEN




Teluk Intan - Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dipercayai dihalau ketika menjalankan kempen di tapak pasar malam Rumah Awam, Kampung Padang Tembak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, Dyana Sofya yang hadir bersama pimpinan tertinggi DAP termasuk Lim Kit Siang menerima kecaman daripada sebuah kumpulan yang mengeluarkan kata-kata mengusir.

Sinar Harian dimaklumkan, sebelum kejadian, rombongan berkenaan diganggu dengan bunyi bising motosikal.

Antara perkataan yang diterima rombongan kempen itu termasuklah menyatakan kampung berkenaan kawasan Melayu dan dilarang membawa masuk orang bukan Melayu.

Keadaan itu menimbulkan sedikit ketegangan apabila turut mendapat perhatian peniaga di tapak berkenaan.

Bagaimanapun, kempen tetap berlangsung dengan edaran poster dan risalah calon.

Provokasi diterima Dyana Sofya pada hari ketika berkempen itu dikatakan dilakukan sekumpulan pemuda yang memakai pakaian mempunyai lambang BN.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kebenaran berikutan tiada laporan polis dibuat sehingga berita ini ditulis.

Difahamkan, Taman Perumahan Awam Padang Tembak itu merupakan kawasan kubu kuat BN.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, pihaknya akan membuat semakan dan siasatan sekiranya benar insiden itu membabitkan Pemuda BN.

"Saya dah terima laporan itu, kita akan pastikan sama ada yang ganggu dia itu, pakai baju BN atau tidak.

"Apa-apa pun kita akan semak, jika benar akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui dalam program walk about di Menara Condong, di sini.

1 comments:

  • Unknown says:
    May 22, 2014 at 11:27 AM

    Jangan terpedaya dengan taktik RBA. Pro BN perlu ada strategi baru untuk tangani RBA. Setiap kali video2 seumpama ini disiarkan kadang2 itu hanya lah umpan untuk memerangkap. Niat sekarang ialah menimbulkan kebencian terhadap BN dan UMNO khususnya...Setiap kali kontroversi yang disiarkan setiap kali itu la Calon DAP mendapat promosi free di blog pro BN. Cara penulisan sewajarnya lebih kritis dan creative dalam melaporkan hal2 sebegini. :) Tidak mengundang rasa marah dan benci kepada BN tetapi dalam masa yang sama mengupas minda pro BN tak kira la cina, India dan melayu. Yang penting sekarang strategi kene berubah. The Art of Sun Zue digunakan oleh DAP...yang sudah diakui keberkesanannya. Mungkin menggunakan taktik Khalid Ibne Walid yang tidak pernah tewas dalam peperangan diadaptasikan dalam peperangan moden ini. Sewajarnya dikaji pemikiran dan strategi Khalid Ibne Walid seperti yang diterjemahkan The Art of Sun Zue ke dalam dunia moden.

share2