Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 17, 2014

ADUN KUALA SENTUL RAIKAN SAMBUTAN HARI GURU DAN SUKAN KOMUNITI



Maran, 17hb Mei - YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Adun Kuala Sentul merangkap Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Pahang telah hadir dan bersama-sama meraikan hari guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul pagi semalam.

Beliau telah turut meluangkan masa untuk bersama warga sekolah berkenaan dan penduduk setempat dalam acara Sambutan Hari Guru dan Sukan Komuniti yang diadakan di pesekitaran sekolah berkenaan. Antara acara sukan yang dijalankan adalah acara menyumpit yang disertai oleh kaum orang asli yang menarik perhatian ramai.

Kepada seramai 15 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR, Dato' Shahaniza meminta mereka membuat akujanji untuk belajar berungguh-sungguh dan mendapat keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan berkenaan. Beliau juga berjanji untuk menghadiahkan "I'Pad" kepada mereka yang berjaya kelak.

Sebelum itu, Dato' Shahaniza bersama rombongan pengiring sempat merasmikan dan menaiki bas "Jengka Liner" yang menjalankan operasi bas henti-henti dari Jerantut ke Kuantan. Operasi berkenaan adalah dalam usaha memberikan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan kepada rakyat. 

Sebelum ini laluan perkhidmatan dilaluan berkenaan diberikan oleh bas Syarikat Leng Huat, namun perkhidmatan berkenaan dihentikan kerana sejak akhir-akhir ini ianya tidak lagi menguntungkan.

Justeru itulah, Syarikat pengangkutan "Jengka Liner" yang mana kerajaan Pahang ada kepentingaan keatasnya telah mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat dilaluan berkenaan walaupun sedar ianya tidak menguntungkan.




















0 comments:

share2