Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 30, 2014

DARI SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG


Saya tidak dapat menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang sejak mula kerana berada di luar negara, sempat juga menyertainya dihari ke-5 dan penutupan Sidang.

Dari apa yang saya dengar dan lihat, persidangan berjalan dalam suasana yang sungguh tenang dan aman, perbahasan tidak sehangat seperti yang dijangkakan.

Pas tidak membawa isu hududnya ke dalam sidang dewan demikian juga dengan isu GST. Mungkin juga mereka sudah faham bahawa GST itu sebenarnya memberikan manafaat besar kepada rakyat dan negara dan bukanlah sepertimana yang puak-puak PKR canangkan selama ini.

Isu hudud tidak dibawa mungkin kerana Pas Pahang ingin menjaga hati rakan DAPnya atau sebenarnya ingin meneruskan sandiwaranya kepada rakyat bahawa mereka perjuangkan hudud di hadapan rakyat semata-mata namun dipeingkat negeri dan dalam sidang dewan mereka terpaksa akur dan bersembunyi dibawah ketiak DAP.

Isu MH370pun dibangkitkan secara sambil lewa sahaja oleh wakil pembangkang dan jawapan yang diberikan oleh wakil kerajaan merangkap Exco Pelancongan dan Kebudayaan Yb Dato' Mohd Sharkar bahawa ianya tidak mendatangkan impak besar kepada industri pelancongan kerana mereka boleh menaiki mana-mana airline lain selain MAS jika pelancong dari negara China itu masih meragui penerbangan MAS membuatkan wakil pembangkang terdiam.

Ucapan pengulungan oleh Menteri Besar Pahang berlangsung hanya kira-kira dalam masa 45 minit tanpa banyak gangguan oleh soalan dari pihak pembangkang membuktikan bahawa dalam Sidang Dun kali ini pihak pembangkang seakan sudah kekeringan isu.

Selain itu, reaksi Menteri Besar sepanjang persidangan juga sangat mesra kepada semua ahli dewan sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang membuatkan suasana persidangan boleh berlangsung dengan tenang.

YAB Menteri Besar melayan semua ahli dewan secara sama rata dan tidak menganggap pembangkang sebagai tentangan bahkan dalam banyak hal beliau selalu memberikan sokongan dan bantuan, justeru tidak hairanlah bila YAB Menteri Besar disegani dan dihormati hatta oleh musuh politiknya sendiri.

Sebelum itu, penggulungan oleh wakil kerajaan wakil Kuala Sentul YB Dato' Shahaniza Shamsuddin menarik perhatian ahli dewan bilamana banyak soalan diajukan kepada beliau antaranya mengenai isu Lynas dan lawatan ahli dewan ke Kilang Lynas tenpoh hari serta isu perkhidmatan telekomunikasi internet yang kurang memuaskan dibeberapa tempat.

Apa yang menariknya adalah apabila wakil Kuala Semantan bangun dan menyatakan persetujuannya mengenai isu Lynas dengan menyatakan sokongannya kepada apa yang wakil kerajaan bangkitkan.

Editor.


0 comments:

share2