Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 12, 2013

SEKAT KEMASUKKAN PEKERJA ASING HALANG WANG NEGARA KELUAR


Jumlah kiriman wang ke luar negara oleh pekerja-pekerja asing yang bekerja di negara ini mencecah hampir RM50 bilion dalam tempoh tiga tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah kiriman wang itu berjumlah RM13.4 bilion pada 2010, RM15.6 bilion (2011) dan RM19.7 bilion (2012).

Menurut beliau, lima negara utama penerima wang pengiriman tahun lalu pula adalah Bangladesh (RM3 bilion), Indonesia (RM2.9 bilion), Nepal (RM1.9 bilion), India (RM625 juta) dan Filipina (RM561 juta).

"Sejak 2009, jumlah kiriman wang keluar berganda daripada RM10 bilion kepada hampir RM20 bilion pada 2012, peningkatan ini berikutan perkhidmatan pengiriman wang yang kini boleh dilakukan pemberi perkhidmatan bukan bank seperti pengurup wang," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ahmad, setakat ini, aliran keluar modal dari pasaran kewangan domestik berlaku secara teratur dan tidak menjejaskan ekonomi.

"Kedudukan luaran Malaysia yang baik iaitu rizab antarabangsa yang tinggi dan hutang luar negara yang rendah serta sistem perbankan yang kukuh membolehkan negara menyerap ketidakstabilan aliran modal tanpa menyebabkan gangguan dalam sistem kewangan negara," katanya.

Menurut beliau, Malaysia mempunyai paras simpanan yang tinggi dan tidak bergantung semata-mata kepada pembiayaan luar untuk menyokong fungsi ekonomi domestik.

Dalam masa sama, katanya, prospek pertumbuhan yang menggalakkan menjadikan Malaysia terus menjadi penerima aliran masuk modal asing.

"Memandangkan keadaan turun naik dalam pasaran kewangan global baru-baru ini, Malaysia mengalami aliran keluar modal secara sederhana yang mencerminkan pembalikan sebahagian daripada aliran masuk sebelumnya.

"Namun, pembalikan modal ini turut dialami kesemua negara serantau," katanya.

0 comments:

share2