Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 30, 2013

BANTUAN BR1M AKAN DIBERI DUA KALI SETAHUN


Kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara dua peringkat bagi memastikan penerimanya dapat menggunakan wang tersebut secara berhemah dengan berbelanja mengikut keperluan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kerajaan juga bercadang tidak memberikan bantuan itu secara tunai tetapi terus didebitkan ke dalam akaun penerima.

"Berapa jumlah yang mahu diberikan untuk BR1M kali ini, kita tidak boleh maklumkan lagi tetapi apa yang pasti lebih RM500.

"Apa yang boleh dinyatakan sekarang adalah draf pertama yang disediakan telah dibentangkan kepada Perdana Menteri. Jadi sekarang kita sedang memperkukuhkannya lagi," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Husni berkata, kerajaan juga sedang melihat keperluan membantu meringankan beban isi rumah berpendapatan antara RM4,000 dan RM5,000.

Katanya, model bantuan tersebut akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

"Bagi golongan ini, kita melihat cara yang boleh dilaksanakan bagi membantu mereka. Apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita telah menyatakan kerajaan akan terus membantu mereka. Kita bantu mereka dalam bentuk lain," katanya.

1 comments:

  • Anonymous says:
    September 30, 2013 at 11:15 AM

    Salam.Rasanya rakyat tidak memerlukan sangat BRIM tu.Alangkah baiknya jika wang peruntukan BRIM tu digunakan untuk membayar kenaikan minyak petrol.Ini lebih baik kerana jika tidak ada kenaikan petrol maka tidak akan ada juga kenaikan harga barangan .Jika harga barangan naik lebih tinggi duit BRIM yg diberikan kepada rakyat masih tidak dapat untuk menampung harga kenaikan barang di pasaran.Apa pendapat semua bijak pandai melayu? tak betul ke kalau buat seperti yg dinyatakan tadi?

share2