Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 14, 2012

Pembangkang Takut Kecut FGVH

Jangan mudah percaya dengan hasutan pembangkang kononnya penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka. Sebenarnya pembangkang gusar dengan kecemerlangan Felda.

Penyenaraian FGVH adalah bukti kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka Felda, selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya dan pinjaman membesarkan rumah.

Kita hairan kenapa pembangkang takut sangat dengan FGVH sedangkan Perdana Menteri telah beri jaminan bahawa semua peneroka Felda di seluruh negara bakal menikmati 'durian runtuh' dengan penyenaraian tersebut.

Memang benarlah kata orang, pembangkang selagi tak bohong selagi itulah tak kenyang.Sebenarnya ramai peneroka FELDA menyambut baik keputusan penyenaraian FGVH kerana yakin dan percaya bahawa ia memberi manfaat jangka panjang serta akan menambah pendapatan seterusnya memberi keselesaan hidup kepada anak dan cucu pada masa akan datang. "Pembangkang apa ada, janji sahaja pandai".

0 comments:

share2