Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 12, 2011

Pemuda UMNO Menarik Pengundi Muda


Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mengambil langkah proaktif menarik pengundi muda di negeri ini supaya memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketua Pemudanya, Abu Jimi Samat berkata, usaha itu sejajar dengan aspirasi slogan baharu, iaitu BN Pilihan Orang Muda yang dilancarkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menarik sokongan padu golongan tersebut kepada parti komponen itu.

''Sehubungan itu, semua jentera Pemuda UMNO sudah bersiap sedia untuk memenuhi aspirasi slogan ini dengan memfokuskan golongan sasaran, iaitu orang muda supaya berpihak kepada BN.

''Slogan ini menjadi teras modus operandi dan berjuang untuk memastikan kemenangan calon BN pada PRU13 nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sembang Belia Parlimen Lipis dan Pelancaran Slogan BN Pilihan Orang Muda di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Pekan Benta di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Gerakan Belia 4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail; Pengerusi Belia 4B Kawasan Lipis, Azhari Rose dan Pegawai Belia dan Sukan Lipis, Hafizul Hamid.

Menurut Abu Jimi, slogan itu merupakan konotasi yang cukup bertenaga untuk menarik golongan tersebut bahawa mereka mempunyai pilihan tepat bagi memenangi calon BN nanti.

''Program yang dianjurkan telah dan akan laksanakan bagi menjelaskan kepada golongan itu supaya mereka ada pilihan tepat dan menzahirkan keyakinan untuk memudahkan pemimpin BN membangunkan negara pada masa akan datang. Langkah kita untuk mendekati pengundi muda semakin mencabar berasaskan senario politik hari ini, tetapi hal ini tidak melemahkan Pemuda UMNO untuk mendekati golongan ini,'' jelasnya.

0 comments:

share2