Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 7, 2011

BAJET NEGERI PAHANG 2012

DSD Dato' Sri Hj Adnan Bin Yaakob, MB Pahang


Kuantan - Menteri Besar Pahang memulakan Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang pada Isnin lalu dengan 'Pembentangan Bajet 2012'.

Pelbagai pihak menyifatkan bajet berkenaan adalah bajet berhemat, namun dalam bahasa Orang-orang Pahang digelar 'Bajet Berambi'.


16.        Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan sebanyak RM632.997 juta untuk melaksanakan semua program dan Rancangan Pembangunan Kerajaan Negeri. Peruntukan ini adalah terdiri daripada RM508.83 juta anggaran Perbelanjaan Mengurus; RM69.74 juta Perbelanjaan Pembangunan dari Sumber Negeri; dan RM54.43 juta dari pinjaman Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Negeri sebagaimana biasa tidak meminjam dari mana-mana pihak untuk membiayai Perbelanjaan Mengurus tetapi Kerajaan Negeri meminjam bagi membiayai Perbelanjaan Pembangunan.

17.        Dari jumlah RM508.83 juta yang diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus itu, sebanyak RM395.25 juta adalah Batas Perbelanjaan; RM17.80 juta untuk Dasar Baru; RM19.09 juta untuk Caruman Pembangunan  dan RM76.58 juta untuk perbelanjaan One-Off untuk Pembangunan Luar Bandar, menyelenggara infrastruktur seperti jalan raya, membaiki Sekolah-Sekolah Menengah Ugama Negeri serta menyenggara pejabat-pejabat Kerajaan dan rumah-rumah Kerajaan Negeri.




0 comments:

share2