Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 13, 2011

ADUN PAS Nafi Dapat Habuan!!!


KUANTAN - Dalam pendedahan yang dibuat melalui media Pro Pembangkang baru - baru ini telah mengaitkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh PAS berhubung dengan isu pembinaan kilang nadir bumi di Gebeng.

Dakwaan tersebut disiarkan dalam laman blog dan juga turut disebarkan melalui laman facebook menyatakan bahawa kedua - dua ADUN yang mewakili parti tersebut mendapat habuan daripada Syarikat Lynas.

Namun, spekulasi tersebut telah dinafikan oleh kedua - dua ADUN tersebut sewaktu ditemui lewat petang semalam.

YB Tuan Syed Mohamad Syed lonik berkata beliau terkejut dengan dakwaan yang telah dibuat oleh pihak yang terbabit.

"Macam mana mereka boleh kaitkan nama saya sedangkan saya juga salah seorang yang turut membantah pembinaan kilang tersebut? Ini tidak masuk akal," kata beliau selepas sesi sidang Dewan Undangan negeri semalam.

Tambah beliau, spekulasi itu hanya dibuat bagi tujuan memburuk - burukkan nama beliau dan juga rakan beliau bagi mensensasikan lagi isu tersebut.

Bagi YB Syed Hamid, ADUN Kuala Semantan pula menyatakan bahawa beliau langsung tidak ada kaitan dengan isu pembinaan kilang nadir bumi tersebut.

"Secara peribadi, saya tidak ada masalah langsung dengan pembinaan kilang terbabit selepas sesi penerangan dibuat oleh pihak Lynas dan disahkan oleh pakar dari PAS sendiri yang menjelaskan bahawa kilang tersebut tidak merbahaya," ujar beliau.

Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa apa yang telah dijelaskan oleh YAB Menteri Besar Pahang sudah cukup untuk menafikan dakwaan tersebut.

"Hanya kerana yang mendapat tender itu ahli APS, itu tidak bermakna kami juga turut terlibat dan mendapat habuan dari kilang tersebut. Semua dakwaan ini tidak betul."


Ps: Kalau dah blogger sendiri pun sanggup buat fitnah dan sebarkan cerita yang bukan - bukan terhadap pemimpin diorang, inikan pulak diorang buat pada pemimpin UMNO.


Lagi nak suruh orang percaya dengan maklumat yang diorang sebarkan? Korang fikir la sendiri.

0 comments:

share2