Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 6, 2020

PERMUDAHKAN URUSAN RAKYAT, BANTU SERAMAI MUNGKIN MEREKA YANG HULANG PEKERJAAN - ANNUAR MUSA






Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bukan sahaja terkesan malah mengalu-alukan mereka yang kehilangan mata pencarian untuk berniaga dengan memohon lesen sementara dalam usaha meringankan beban yang ditanggung setelah hilang pekerjaan.

Dengan menjangkakan kesan ekonomi yang akan berterusan selepas ini, Annuar seterusnya berkata pihaknya juga giat merangka serta melaksanakan program usahawan kota bagi membantu rakyat yang terkesan dengan senario semasa negara lantaran berdepan dengan COVID-19.

‘’Saya juga tersentuh hati dengan mereka yang secara mendadak hilang pekerjaan. Saya mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat perniagaan sendiri berhubung dengan kita dan kita juga sedang rancak melaksanakan program usahawan muda kota dan kita boleh pertingkatkan lagi.

‘’Kita juga akan ambil langkah flekesibel… tempat berniaga yang biasanya dilarang untuk musim ini kalau mereka berminat di lokasi tertentu asalkan jangan menganggu orang ramai boleh datang kepada DBKL. Mereka boleh memohon dan akan diberikan lesen sementara kepada mereka yang menganggur secara mendadak dan hilang mata pencarian.

‘’Sekarang ini saya dah beritahu Datuk Bandar ‘create’ lebih banyak lagi tempat. Insya-Allah di sekitar KLCC dan tempat ramai penduduk dan di kawasan tertentu di bawah kelolaan Kementerian Wilayah dan DBKL saya akan benarkan asalkan mereka menjaga kebersihan dan tidak mengangganggu ketenteraman orang ramai dan juga lalu-lalang. Sementara itu kita sendiri telah mengenalpasti hampir 2,000 lokasi yang kita sedia ada dan kebetulan mereka datang dan sesuai dengan mereka, mereka boleh pilih daripada kawasan berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bakul makanan kepada pemandu teksi di perkarangan Yayasan Wilayah, di sini, semalam

Annuar seterusnya berharap seluruh agensi di bawah Kementerian Wilayah memperbanyakkan usaha untuk membantu mereka yang terkesan serta mempermudahkan segala urusan agar lebih ramai yang dapat dibantu.

‘’Jadi untuk tempoh ini kita anggap masa darurat banyak orang dan saya harap DBKL banyak membantulah. Keutamaan saya itulah… ada yang ‘pilot’, ada yang ‘steward’ dan ada banyak lagi yang hilang pekerjaan secara tiba-tiba dan ada yang mengadu tidak boleh nak bayar ansuran rumah dan sebagainya.

‘’Jadi saya harap agensi di bawah kementerian saya tidak terlalu birokratik dan kita ambil pendekatan yang fleksibel dan permudahkan. Biar banyak dibolehkan daripada tidak dibolehkan. Jangan bimbang walaupun itu mungkin luar daripada normal dari segi penguatkuasaan… musim ini ramai orang susah dan ambil pendekatan bantu orang susah.

‘’Masalah ini dijangka akan berpanjangan walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)…. kesan ekonomi saya jangka akan berlanjutan. Jadi perlu kepada perubahan sikap bagi agensi kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan pegawai penguatkuasa dan saya harap dapat memahami situasi ini dan lebih bersimpati kepada orang ramai,’’ katanya.

Kata beliau lagi pihaknya juga mahu seluruh jentera megambil pendekatan membantu seramai mungkin dan pada masa yang sama turut memaklumkan semua Majlis Perwakilan Penduduk di seluruh Wilayah Persekutuan dikehendaki melaksanakan tugas untuk mengenalpasti mereka-mereka yang terlalu terhimpit terutama sekali dalam soal makanan harian.

‘’Perhatikan dalam kawasan masing-masing dan mereka hendaklah membawa laporan kepada Yayasan Wilayah untuk kita bantu. Ketiganya MPP dikehendaki menghubungi sekolah-sekolah di kawasan Wilayah Persekutuan dan kita mensasarkan untuk membantu 25,000 pelajar sebelum sekolah dibuka tahun depan dari segi kemudahan peralatan sekolah dan sebagainya.

‘’Harap anggota MMP dan pemimpin tempatan bekerjasama termasuk dengan persatuan penduduk dan sebagainya mengenalpasti keluarga-keluarga miskin. Harap diberikan kepada yang betul-betul memerlukan bantuan,’’ ujarnya lagi. 

0 comments:

share2