Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 6, 2020

MB PAHANG ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI PEKAN BENTA KUALA LIPIS


 Jumaat 06/11/2020 - Sederet kedai di Pekan Benta Kuala Lipis telah musnah terbakar malam semalam.Walau bagaimanapun kejadian kebakaran yang di laporkan berlaku jam 8.00 malam itu tidak mengorbankan nyawa.Namun  lima pintu rumah kedai dua tingkat 90 peratus bangunan telah musnah.

Kebakaran dipercayai bermula disebuah kedai kosong dan melarat kekedai bersebelahan. Terdapat tiga buah kedai yang beroperasi namun begitu hanya sebuah yang beroperasi pada waktu malam kejadian. YAB Menteri Besar Pahang Dato'Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang dalam perjalanan balik ke Kuala Lipis telah bergegas ke lokasi kejadian dan menziarahi mangsa kebakaran.




Turut sama di lokasi kebakaran tersebut Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga ADUN Benta YB Dato'Sri Ir Mohhd Sofi Tan Sri Abd. Razak , YH Dato Mohd Hafizi Ibrahim Pegawai Daerah Lipis, YB Lee Ah Wong ADUN Cheka , Ho Fong Mee Timbalan Pengerusi MCA Lipis dan beberapa pemimpin setempat.

Kewujudan bomba sukarela dikalangan penduduk setempat memudahkan kerja pemadaman api sebelum pihak Bomba Kuala Lipis tiba setengah jam kemudian.

Sumber PRO Pahang




0 comments:

share2