KUANTAN, 24 OGOS 2020: YB. Encik Mohd Sharim Md Zain mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
YB. Mohd Sharim, 41, mengangkat sumpah dan menandatangani
surat sumpah jawatan di hadapan YB Yang DiPertua Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri
Haji Ishak Haji Muhamad.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DN Chini yang lalu, YB Encik
Mohd Sharim berjaya mempertahankan kerusi milik Barisan Nasional (BN) itu
selepas memperoleh 13,872 undi untuk menewaskan dua calon Bebas, YM Tengku
Dato’ Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.
PRK DN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya
Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun pada 7 Mei lalu akibat serangan jantung
di Hospital Kuala Lumpur.
Dato’ Sri Haji Ishak seterusnya mengucapkan tahniah kepada
YB. Encik Mohd Sharim atas kemenangannya pada PRK DUN Chini dan mengingatkan
beliau untuk menggalas amanah serta kepercayaan yang diberikan rakyat dengan baik.
Turut menyaksikan majlis angkat sumpah berkenaan adalah
Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, barisan Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Pahang.
0 comments:
Post a Comment