KUANTAN - Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest dan aktiviti
mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands ditutup bermula 11 Ogos hingga 25
September depan bagi tujuan penyelenggaraan jalan menuju kawasan berkenaan.
Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) Jabatan Perhutanan
Negeri Pahang (JPNP), Regina Mariah Jong berkata, baik pulih membabitkan
sepanjang 4.9 kilometer (km) diselenggarakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron
Highlands.
Menurutnya, penyelenggaraan jalan itu akan memberi lebih keselesaan
kepada pengunjung yang menjadi lokasi utama pelancong dalam dan luar negara
"Kita menerima antara 200 hingga 300 pengunjung ke TER
Mossy Forest setiap hari dan jumlah itu bertambah berkali ganda ketika cuti
umum," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, Mossy Forest, menerima 73,586 pelancong pada Mac
hingga Disember tahun lalu dengan nilai pendapatan sebanyak RM940,895 kepada
JPNP.
Bagaimanapun katanya, jumlah pengunjung berkurangan tahun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun apabila selepas kerajaan memberi kelonggaran perjalanan kini pelancong mula bertambah.
SUMBER : SINAR HARIAN
0 comments:
Post a Comment