Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 15, 2020

PUSAT IKAN SEGAR NELAYAN DI PANTAI CEMPAKA HUJUNG TAHUN INI

                                 

Projek anjuran sukarelawan dari Pusat Kokurikulum  Universiti Putra Malaysia (UPM)  dijangka berjaya menyiapkan pusat jualan ikan segar serta aktiviti riadah di Pantai Cempaka, Kuantan hujung tahun ini.


Projek dikenali sebagai ‘My Hope’ bermula tahun lalu dijangka dapat mecapai sasaran mereka membuka pusat julan ikan segar di kawasan perkelahan yang juga merupakan tempat nelayan tempatan menaikkan hasil tangkapan mereka.


ADUN Inderapura Dato’ Sri Shafik Fauzan Sharif menyempurnakan program penyerahan  cek yang disampaikan oleh Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman kepada wakil penduduk kampong di Pantai Chempaka.


Jumlah sumbangan  CSR syarikat swasta berjumlah hampir RM140 ribu yang dijangka menyiapkan pembinaan sebuah kawasan jualan ikan segar,  gerai makanan, sebuah surau serta kawasan permainan kanak-kanak.


Lebih 50 pelajar UPM terbabit dalam projek ‘My Hope’ di Pantai Cempaka bertujuan membantu golongan asnaf di sini meningkatkan ekonomi mereka.


Jabatan Pertanian juga terlibat dalam projek ini dengan memberi khidmat nasihat kepada penduduk yang berminat dengan tanaman di kawasan rumah serta  menyediakan anak benih buluh madu yang sesuai ditanam di kawasan ini untuk menghasilkan rebung berkuali tinggi.

               


 


 

0 comments:

share2