TANJUNG MALIM, 18 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd
Zaidi Aziz dilihat mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan dua
lagi calon Bebas yang lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN) Slim 29 Ogos ini.
Justeru Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan
berharap pengundi di kawasan berkenaan tidak mensia-siakan segala kelebihan
yang ada pada calon BN tersebut dalam usaha meneruskan lagi kesinambungan apa
yang telah diusahakan sebelum ini selain ianya akan ditambah baik.
‘’Mohd Zaidi adalah anak tempatan dan dilahirkan di sini…
bererti orang tempatan adalah amat penting untuk menjadi Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) kita. Orang luar ini… dahlah rumah tidak ada dalam kawasan… malah
perasaan dia tidak ada untuk membangun tempat ini, jadi ini penting anak
tempatan untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
‘’Kelebihan kedua… siapakah antara calon itu sedikit
sebanyak telah berjasa kepada kawasan berkenaan… Zaidi pernah jadi Ketua
Cawangan… Ketua Penerangan UMNO Tanjung Malim… sekarang Pemangku Ketua
Bahagian… sedikit sebanyak tentu ada jasa di kawasan ini.
‘’Ketiga kita tengok kepimpinan dan rekod… penglibatan
beliau dalam NGO… penglibatan di dalam ABIM, MBM dan sebagainya lagi. Ini
bererti bukan hanya berperanan di Tanjung Malim tetapi juga diperingkat pusat
dan ASEAN,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Taqarrub di Pusat Daerah
Mengundi Pekan Lama, di sini, Isnin malam.
Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian seterusnya
menambah pengundi juga perlu melihat siapakah di belakang Mohd Zaidi jika
beliau mendapat kepercayaan pada 29 Ogos nanti.
Katanya dibelakang Zaidi sudah pasti kerajaan Negeri Perak
dan juga kerajaan pusat yang sedikit sebanyak akan membantu mempermudahkan
segala urusan yang berkaitan dengan penduduk setempat kelak.
‘’Manakala ‘kerajaan’ apa ada di belakang dua calon bebas…
calon bebas ini kerajaan bumi dan kerajaan langit pun tidak ada. Jadi dengan perbandingan
dan kelebihan yang ada ini kita perlu memenangkan Mohd Zaidi sebagai wakil
rakyat pada 29 Ogos ini,’’ ujarnya lagi
SUMBER .- UMNO Online
0 comments:
Post a Comment