TANJUNG MALIM, 17 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd
Zaidi Aziz melihat pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim merupakan satu keadaan yang tidak boleh
dianggap selesa meskipun hanya berdepan dengan dua calon Bebas.
Menurut beliau gerak kerja serta kempen dan proses merayu
undi akan dipergiatkan serta diperhebatkan dalam usaha memastikan bukan sahaja
parti menang besar malah meningkatkan lagi majoriti kemenangan sekaligus
memperlihatkan kepercayaan pengundi itu sendiri.
“Pertandingan tiga penjuru adat pertandingan dan macam mana
mereka sekali pun kita tetap perlu berdepan dan bertanding secara sihat. Saya
tidak boleh beranggapan bahawa PRK ini selesa kerana adat pertandingan mahu
tidak mahu kita kena bekerja keras untuk memastikan kemenangan.
‘Walaupun calon Bebas, dan dikatakan tidak ada pengaruh dan
sebagainya lagi tetapi itu bukanlah alasan kepada BN termasuklah saya sendiri
untuk berada pada kedudukan selesa tetapi kena bekerja keras kerana kita mahukan
undi dan menang besar dalam PRK ini,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas
mengadakan kempen dan bertemu pengundi serta jentera parti di Pusat Daerah
Mengundi (PDM) Slim.
Hadir sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob yang turut memberikan semangat kepada jentera parti dalam majlis ringkas
berkenaan.
Menyentuh gerak kerja kempen hari pertama selepas proses
penamaan calon pada Sabtu, Mohd Zaidi yang merupakan Pemangku Ketua UMNO
Bahagian melahirkan rasa syukur kerana pada peringkat awal rata-rata pengundi
yang ditemui menyatakan kesediaan mereka untuk memilih parti berkenaan.
“Alhamdulillah hari ini saya telah mula kempen di pasar pagi
bertemu seramai mungkin pengundi dari kalangan pelbagai peringkat kaum dan
nampaknya penerimaan mereka cukup baik. Mereka masing-masing menyatakan
kesanggupan untuk bersama-sama dengan BN.
“Malahan pagi tadi juga bersama Friends Of BN, Makkal Sakti
yang turut bersama berkempen dan pagi tadi juga di PDM Slim bertemu dengan para
pengundi serta bersama jentera parti yang lain dalam usaha berkempen.
“Dan di Pekan Slim ini majoriti Cina dan ada sedikit
pengundi India serta Melayu…Sebelum ini PDM ini kalah, kita akan terus berusaha
dan insya-Allah pada PRK kali ini kita dapat memenangi di PDM ini,’’ ujarnya.
SUMBER– UMNO Online.
0 comments:
Post a Comment