Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 29, 2020

PASTIKAN PRK SLIM KEKAL BERSAMA BN

 

                                 


TANJUNG MALIM, 29 Ogos – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang melabuhkan tirai tengah malam tadi menandakan bermulanya hari pengundian bagi menentukan wakil rakyatnya.

 

Sehubungan itu, para pengundi di PRK terbabit di seru untuk mengundi calon nombor dua, iaitu calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz bagi memastikan kesinambungan perjuangan yang telah dilestarikan oleh kepimpinan terdahulu selain bagi memastikan suara rakyat terus diberi perhatian.

 

Mohd Zaidi yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, dipilih sebagai calon BN ekoran kepimpinan dan ketokohannya yang tidak asing bagi penduduk tempatan malahan beliau adalah pemimpin belia dan NGO yang aktif.

 

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru selain Mohd Zaidi dengan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang masih dalam proses pendaftaran serta bekas guru, S. Santharasekaran.

 

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada BN yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 Julai.

 

Sejumlah 96.25 peratus daripada 267 pengundi awal telah menunaikan hak mereka pada Selasa lalu.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan proses pengundian melibatkan 12 pusat mengundi dan 54 saluran.

 

Pusat mengundi tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Sulaiman; SK Trolak Utara; SK Trolak Selatan; SK Seri Besout; SK Besout 3 dan 5; SK Kuala Slim; SK Slim River; SK Aminudin Baki; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungkai; SJKT Ladang Kelapa Bali dan SJKT Trolak.

 

Dijangka keputusan PRK tersebut dapat diketahui sebelum 9 malam sekiranya tiada bantahan dan gangguan dengan menyasarkan 85 peratus daripada 22,749 pengundi biasa keluar mengundi esok, berbanding sasaran 70 peratus sebelum ini dengan mengikut peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19.

 

SUMBER  – UMNO Online



0 comments:

share2