Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 13, 2020

AIR NAIK MENDADAK 6 KENDERAAN PELANCONG TENGGELAM



Jerantut, 13.7.2020 - Air Sungai Tahan yang naik mendadak telah menenggelamkan beberapa buah kenderaan milik pelancong yang mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan pada awal pagi tadi.

Menurut laporan, sebanyak 6 buah kenderaan milik pelancong yang dipakir dikawasan pakir di tepi Sungai Tembeling telah ditenggelami air Sungai Tahan yang naik mendadak kira-kira jam 6.30 pagi tadi berikutan hujan lebat di hulu Sungai Tahan.

Menurut maklumat lagi 4 buah dari kenderaan berkenaan adalah milik pelancong keturunan Eropah manakala 2 buah lagi milik pelancong Cina tempatan yang dipercayai menginap di Mutiara Resort.

Fenomena banjir kilat di Sungai Tahan adalah sesuatu yang biasa apabila berlakunya hujan lebat dikawasan pergunungan di banjaran Tahan.


Info/video: Sumber rakan PahangKu Media

0 comments:

share2