KUALA LUMPUR, 29 Jun – “Mungkin ada yang berpendapat tidak
balik mengundi pun Barisan Nasional (BN) menang tapi itu pendapat yang silap,”
ujar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Justeru beliau merayu kepada semua pengundi luar di Dewan
Undangan Negeri (DUN) Chini untuk pulang mengundi pada 4 Julai ini.
“Ada yang berpandangan baru-baru ini sudah balik, nanti raya
Haji nak balik lagi jadi adakah perlu untuk balik lagi (untuk mengundi). Saya
nak beritahu… perlu untuk pulang.
“Kita perlukan majoriti yang besar kerana dengan majorit
besar itu ia akan memberi mandat yang besar kepada calon BN sebagai wakil di
Chini ini.
“Apa yang kita harapkan adalah supaya anak-anak Chini di
perantauan menunaikan tanggungjawab dengan balik mengundi. Mengundi adalah
tanggungjawab kita, lagi banyak undi yang diperolehi lagi banyak majoriti kalau
kita menang. Tunaikanlah amanah dengan balik mengundi,” ujar beliau
Untuk rekod, DUN Chini mempunyai 20,972 pengundi biasa dan
18 orang pengundi awal.
Memandangkan PRK kali ini dijalankan ketika negara dilanda
pandemik COVID-19 dan mempunyai SOP yang perlu dipatuhi maka Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) meneruskan inisiatif penghantaran kad pengundi kepada 20,990
pengundi menjelang hari mengundi 4 Julai ini.
Buat pertama kalinya, SPR juga mengesyorkan masa keluar
mengundi mengelak orang berkumpul beramai-ramai pada satu masa. Pad kad
pengundi yang diedarkan itu, ia mengandungi maklumat pusat mengundi, saluran
mengundi, nombor bilangan pengundi, tarikh, masa pengundi dan cadangan masa
keluar mengundi yang digalakkan SPR.
PRK DUN Chini yang akan berlangsung 4 Julai ini menyaksikan
pertembungan tiga penjuru antara calon BN dan dua calon Bebas.
BN mempertaruhkan generasi kedua Felda Chini, Mohd Shahrim
Md Zain, 41, yang juga Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan bagi
mempertahankan kerusi DUN itu kekal milik BN.
Mohd Shahrim akan ditentang Timbalan Ketua Bahagian Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pekan, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku
Hussin, 64, selaku calon Bebas dan aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli,
49.
PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya
Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat
serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya
Umum ke-11.
SUMBER – UMNO ONLINE
0 comments:
Post a Comment