PEKAN – “Calon lawan di PRK (Pilihan Raya Kecil) Chini ini
saya rasa ketandusan idea dan ketinggalan zaman, sebab itu dia bangkitkan isu
lama di sini,” tempelak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang merangkap
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Jelas beliau, antara isu yang dimainkan oleh calon Bebas di
PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini adalah berkaitan perumahan generasi kedua
Felda yang sebenarnya telah diambil tindakan sejak dua tahun lalu.
“Dia bangkitkan isu ini seolah-olah dia tidak ambil tahu
perkembangan kerajaan negeri Pahang. Saya rasa pengundi di sini pun dapat
melihat dengan jelas bahawa calon Bebas ini sebenarnya tidak ada idea.
“Isu generasi kedua ini kita telah beri peruntukan RM9.5
juta untuk pemulihan dan ia lulus sejak April lagi. Kerja-kerja pemulihan akan
bermula September ini.
“Projek ini terbengkalai di Rancangan Tanah kerana
kontraktor gagal siapkan, Jadi, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar telah memohon
peruntukan untuk menyiarkan projek Perumahan di Chini ini,” terang beliau.
Wan Rosdy turut membidas calon Bebas yang memainkan isu
calon Barisan Nasional (BN) bukan anak tempatan Chini.
“Calon yang dipilih adalah diterima oleh pengundi di sini…
kebetulan peneroka Felda ini datang dari banyak negeri selain Pahang.
“Calon BN dibesarkan di Felda Chini jadi tidak ada isu.
Pengundi di sini kenal baik dengan calon BN,” tambah beliau lagi.
SUMBER – UMNO ONLINE
0 comments:
Post a Comment