KUANTAN, 1 JUN 2020: Seorang peraih ikan yang sebelum ini
dipercayai memandu kereta secara mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang
kakitangan Alam Flora didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas
tuduhan membunuh.
Tertuduh, Teoh Kian Peng, 42, didakwa membunuh Irwan Herman
Kamarudin, 42, di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Petronas Bukit Rangin,
pada jam 9.20 malam, 25 Mei lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Kian Peng yang memakai seluar pendek dan t-shirt putih
memahami pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa
Hashim, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Timbalan Pendakwaraya, Nasrul Hadi Abd Ghani memaklumkan
tiada sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh memandang tuduhan dibuat di
bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 8 Julai depan sebagai sebutan
semula kes dan tertuduh diwakili peguam, Tay Yi Kuan.
Dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan, kira- kira jam
9.20 malam itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan
parah di kepala dan dada selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh
oleh peraih ikan yang memandu kereta Toyota C-HR secara melawan arus serta
dalam keadaan berbahaya.
SUMBER – PAHANGMEDIA
0 comments:
Post a Comment