Pages

Monday, June 1, 2020

MEMANDU SECARA MABUK: PERAIH IKAN DIDAKWA MEMBUNUH




KUANTAN, 1 JUN 2020: Seorang peraih ikan yang sebelum ini dipercayai memandu kereta secara mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Alam Flora didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh.


Tertuduh, Teoh Kian Peng, 42, didakwa membunuh Irwan Herman Kamarudin, 42, di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Petronas Bukit Rangin, pada jam 9.20 malam, 25 Mei lalu.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


 Kian Peng yang memakai seluar pendek dan t-shirt putih memahami pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.


Timbalan Pendakwaraya, Nasrul Hadi Abd Ghani memaklumkan tiada sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh memandang tuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mahkamah kemudian menetapkan 8 Julai depan sebagai sebutan semula kes dan tertuduh diwakili peguam, Tay Yi Kuan.


Dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan, kira- kira jam 9.20 malam itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh oleh peraih ikan yang memandu kereta Toyota C-HR secara melawan arus serta dalam keadaan berbahaya.


SUMBER – PAHANGMEDIA

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor